Kau Atau Dia. (Part 1)

"Awak, janganlah buat saya macam ni. Maafkanlah saya, saya gurau je." Qaira meninggalkan Adam Hykal dengan penuh tanda tanya. Mengapa Qaira berbuat begitu? Hykal bingung. Mahu sahaja dia mengejar gadis yang berlalu pergi itu, tapi dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Hykal terus berdiri di tengah-tengah pusat membeli-belah itu, melihat setiap langkah Qaira hingga lenyap dari pandangannya. Hykal sedih, dia kecewa. Perasannya bercampur baur. Dia tidak tahu mengapa Qaira merajuk hingga berlalu begitu sahaja selepas mereka makan tengahari bersama. Seingatnya, dia cuma mengusik gadis comel itu. Qaira terasa hati agaknya? Mungkin. Hykal cuba melupakan kejadian tadi, cuba berfikiran positif dan anggap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Hykal membuat keputusan untuk ke Secret Recipe untuk menikmati secawan kopi dan memesan beberapa potongan kek untuk dibawa pulan ke rumah. Walaupun sudah dewasa, Hykal tidak pernah lupa pada ibu dan ayahnya. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada buah tangan untuk kedua orang tuanya itu. Hykal duduk di sudut kedai itu, menghirap perlahan kopi yang dipesannya. Cawannya sudah separuh kosong. Tiba-tiba Hykal terasa seperti ada mata-mata yang sedang memerhatinya. Dia kurang selesa. Hykal mengeluarkan dompetnya dan meletakkan not 50 di atas meja. Dibawa bersama bungkusan kek dan terus beredar. Dia hendak pulang, fikirannya serabut. Sebaik sahaja Hykal melangkah keluar, 3 orang perempuan sedang memerhati gerak geri Hykal. Mereka bertiga merupakan junior Hykal sewaktu sekolah menengah dahulu. Walaupun sudah lebih 2 tahun Hykal meninggalkan alam persekolahan, mereka bertiga tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan perhatian lelaki berbakat besar itu. Die hard fan, kononnya. Hykal mempunyai pendirian yang tetap, matlamat hidup dan cita-cita yang ingin dikecapi. Dalam sibuk mengejar cita-citanya, sudah ada yang memiliki hatinya. Gadis yang meninggalkan Hykal dengan tanda soal tadi, telah lama bertakhta dihatinya. Walaupun mereka hanya berkawan, itu tidak menghalang Hykal dari terus mencintai Qaira. Menyimpan perasaan terhadap Qaira merupakan langkah selamat bagi Hykal untuk terus mendapatkan perhatiannya. Berkawan rapat dengan gadis cantik itu sudah memadai, malah cukup berharga buat Hykal. Masuk sahaja ke dalam kereta..